Saturday, March 28, 2009

The Blizzard Savior


The Blizzard Savior, originally uploaded by izzatnizam.

I can't remember how long it has been since I wrote my last blog, but sure it is quite some time ago.

So, this is going to be my next entry, and this time I'm writing in Bahasa Malaysia (campur sikit-sikit la english).


Photo Description / Penerangan Foto:

Ok. Sebelum teruskan baca sila tenung gambar di atas lama-lama ye.

Dua hari lepas bila bangun pagi je tiba-tiba aku tengok kat luar tingkap bilik aku rupanya tengah snow. Lebat pulak tu. Aku memang dah lama tak tengok weather forecast kat weather.com. TV pun dah lama tak tengok. Haih, hidup aku ni asyik busy je dengan homework la, kerja la. Makin tua ni memang dah takde masa nak tengok TV. So, basically memang tak jangka la nak snow lebat macam ni.

Aku pun pergi je la klas kan, macam biasa. On the way tu, aku tengok kereta-kereta kat parking lot tu semua dah habis kena tutup dengan snow. Haha, aku fikir dalam hati kesian la tuan punya kereta kena scrape snow sblum dapat drive. Anyway pagi ni nasib aku kira baik la sebab Den (housemate sejati aku untuk empat tahun) pun nak pegi klas time tu so aku pun tumpang je kereta dia. At least tak berkumpul la snow atas kepala aku ni.

On the way balik from klas tu, Den call aku cakap skolah tutup harini. Aku macam, "Aik? Haritu blizzard lagi dahsyat tak tutup pun skolah, ini sikit je pun tutup?" So bila dah sampai bilik aku on la TV yang dah berhabuk kat hujung katil aku tu. Aku tengok NBC kat Channel 9. Diorang pun tengah report pasal weather time tu. Kereta banyak sangkut, and then banyak accidents jugak. Aku fikir, Alhamdulillah aku dan kawan-kawan selamat pegi and balik skolah.

So, since petang tu skolah tutup aku pun tido jela kat bilik - takde klas, takde meeting, takde kerja. Aku nak sangat keluar rumah amik gambar tapi snow lebat sangat. Camera aku ni takde weather sealing pun so aku tanak la dia rosak pulak tak pasal-pasal je kan. Angin pun kuat, buat sejuk badan je. So bila dah petang skit, aku dah takleh resist temptation nak keluar jugak amik gambar, so aku capai jaket aku and terus keluar rumah.

Kat luar, kebetulan tengah ada pakcik ni kat atas snow plow tengah kerja keras bersihkan jalan. Aku cari tempat yang ada cover sikit dekat ngan rumah aku and then aku snap gambar ni, dan beberapa gambar lain. Tak lama pun aku tahan kat luar tu. Sejuk!

Kat Colorado ni cuaca dia extreme. Harini snow banyak banyak, esok tu boleh terus panas (10 celcius = panas). Apa-apa pun, aku bersyukur la, sebab dah lama tak snow kat sini. Aku fikir, sungai sungai pun banyak dah nak kering kot. Dah la US ni supply air makin sikit, so, kalau nak tengok kebaikan blizzard ni, kira bagus la sebab dapat la manusia kat sini cukup air untuk hidup aman damai.

Dah. Tu je sebenarnya cerita dia. Aku ingat nak tulis sikit je pasal gambar ni tengok tengok panjang pulak. Hehe.

So, harap korang entertained la baca cerita aku yang tak semena-mena ni. Thanks sebab sudi spend time nak baca post ni.

Apape pun, bak kata Saiful Nang, "enjoice!"